Tuesday, December 6, 2011

Emas Murah, Spread dan Buy Back




Assalamualaikum,
Agak lama juga saya tidak update blog disebabkan kekangan kerja.
Baru-baru ni saya menerima pertanyaan dari salah seorang customer saya yang betul-betul fresh tentang emas.
Kenapa harga EMAS di kedai emas,Public Gold dan brand lain semuanya lain?

Betul.... sepatutnya harga emas semuanya sama sebab emas tetap emas dan mempunyai nilai yang tinggi.
Jadi harga emas yang berbeza mengikut syarikat dan company ini adalah kerana mereka terpaksa meletakkan kos pengurusan untuk penjualan emas. Jadi kos pengurusan inilah yang membuat tiap-tiap company menjual emasnya dengan harga yang berbeza, ada yang murah dan ada yang mahal.
Jadi kalau macamtu lebih baiklah kita beli emas yang harganya murah?
.....tidak juga
Sebab untuk membeli emas terutama kepada pelabur baru, selain dari Harga Murah factor-faktor dibawah amat perlu:
1.Spread/ Harga belian balik
2.      2.Jaminan Belian Balik
3.       3.Ada Jenama dan terkenal

1.Spread

Spread adalah perbezaan harga beli dan harga jual, lagi kecil spread yang anda dapat lagi bagus sebab bila harga emas naik, lagi cepat dan lagi besar keuntungan yang akan anda perolehi.
Kalau dalam website Public Gold :
“We Sell” adalah harga yang dijual oleh Public Gold dan harga yang anda kena beli
“We Buy” adalah harga yang dibeli balik oleh Public Gold dan harga yang anda dapat jika menjual balik ke Public Gold.
Jadi perbezaan harga “We Buy” dan “We Sell” adalah spread.

2.Jaminan Belian Balik.

Adalah penting jika ada jaminan belian balik dari company yang menjual. Ini penting untuk kecairan atau liquidity emas yang anda simpan.
Jika ada jaminan belian balik, maka anda tak perlu bersusah-susah mencari pembeli untuk
menjual emas anda.
Public Gold adalah salah satu company yang member jaminan belian balik dan mempunyai kewangan yang kukuh.

Pernah satu ketika, apabila berlaku Panic Selling , ramai orang berpusu-pusu ke Public Gold untuk menjual emas mereka, dan hasilnya berjaya dan tiada halangan pun dan tidak juga kedengaran yang mereka gagal menjual emas mereka.
Jadi Jaminan Belian Balik dari Company adalah penting untuk kemudahan dan kecairan emas yang anda simpan.
Lets Gold work for us, not we work for GOLD

3.Ada Jenama dan Terkenal.
Ini juga adalah penting sebab jika ia jenama terkenal ketulinan emas tidak akan dipersoalkan dan mudah juga untuk anda menjual balik sebab ada permintaan.

Cuba bayangkan orang yang anda tidak kenali tiba-tiba menawarkan emas yang berbentuk ketulan batu kepada anda.....adakah anda yakin bahawa yang dijual itu emas? Atau batu yang diwarnakan emas? Bermacam persoalan bermain di fikiran anda begitu juga lah kepada bakal pembeli emas anda.

Jadi untuk berjaya dalam pelaburan emas, selain dari mendapat Harga Murah,
1.Spread yang rendah,
2.Ada jaminan belian balik 
3. Mempunyai Jenama dan terkenal


Adalah antara factor penting yang perlu difikirkan dan Public Gold ada menawarkan semua diatas.
Ingin maklumat lanjut berkenaan pelaburan emas, sila hubungi saya di 012-9320776. Insyaallah saya akan share ilmu saya kepada anda dan yang lebih penting ianya percuma.

1 comments:

Teknik Informatika said...

Bagaimana jaminan belian balik dapat membantu dalam situasi "Panic Selling" dan bagaimana pengalaman orang-orang yang menjual emas mereka ke Public Gold selama periode tersebut?
Regard Telkom University

Post a Comment