Sunday, January 2, 2011

Tahukah Anda........

Apabila kita berbicara tentang emas pasti orang kita berangapan emas nilainya tinggi. Tetapi berapa ramai yang sudah memilikinya. Adakah anda rasa membeli emas merugikan? semua orang akan mengatakan tidak! Sebahagian orang kita takut untuk membeli emas, dengan alasan tidak mempunyai modal, sungguh mahal harganya dan takut aset mereka sukar di cairkan. Adakah kita sedar atau tidak, nilai mata wang mengalami susut nilai yang banyak. Harga barang semakin meningkat, harga minyak meningkat,gaji macam biasa. Lewat 90-an kita boleh memmbeli nasi lemak biasa dengan harga RM 0.60 tetapi pada hari ini harga nasi lemak harga meningkat sebanyak RM 1.50. Kenapa perkara ini berlaku?. Perkara ini berlaku disebabkan kesan daripada inflasi dan kenaikan harga barang.

Sebenarnya dengan emaslah kita mudah untuk melindungi nilai aset dan kekayaan kita dengan cara membeli emas berbanding anda menyimpan secara tunai di dalam bank. Secara tidak langsung anda akan menikmati keuntungan apabila kenaikan nilai emas setiap tahun iaitu sekitar 15-30% !!  ini adalah fakta.

Graf Kenaikan Emas





 Kelebihan Emas

  1. Harta yang paling stabil
  2. Bebas inflasi dan sentiasa stabil
  3. Sah digunakan untuk semua mata wang seluruh dunia
  4. Emas penyimpan nilai yang baik serta di iktiraf sejak dulu lagi
  5. kenaikan harga emas sehingga 15% - 30% setahun.
  6. Tiada had sempadan dan had masa
  7. Emas sukar untuk di musnahkan

Teknik Pelaburan Emas



                                                                         
1) Beli emas dan simpan-beli pada harga naik atau turun. pelaburan dalam jangka masa sederhana dan
panjang.
2) Beli secara konsisten -beli setiap bulan, 3 bulan sekali atau setahun sekali. harga emas akan meningkat dari semasa ke semasa.
3)Beli masa murah dan jual masa tinggi- anda akan dapat keuntungan yang maksimum.



KENAPA ANDA HARUS MEMILIH PRODUK PUBLIC GOLD
  1. Stok sentiasa ada- Public Gold mengeluarkan produk emas sendiri
  2. Pengiktirafan dari " The Malaysia Book of Record"- Public Gold menjadi syarikat pertama mencipta rekod di The Malaysia Book of Record sebagai pengeluar gold bar tempatan pertama yang dapat pengiktirafan ketulenan dari assayer.
  3. Mempunyai Kelulusan dari Bank Negara Malaysia(BNM)
  4. Jongkong emas yang di jual mempunyai kualiti 24k(999.0).
  5. Harga yang dijual  adalah kompetitif- Harga yang lebih murah berbanding kedai emas
  6. Mempunyai ajen yang ram
  7. Syarikat yang kukuh- Mempunyai kilang sendiri
  8. ai di seluruh negara-mudah untuk urusan jual beli emas
  9. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, patah, bengkok dan di buka sarungnya asalkan beratnya sama.
  10.  Perbezaan harga jual dan harga beli rendah ( sekitar 5%-6%)



Wednesday, December 15, 2010

Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan


KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.



Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.
“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia,”
“Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk emas Geneva Malaysia di sini malam ini.
Produk emas itu terdiri daripada jongkong pelbagai berat dihasilkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, satu auns emas bernilai RM109.79 tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira RM4390.40.
Beliau berkata orang ramai boleh menyimpan emas dalam bentuk barang kemas yang mudah didapati di seluruh negara dan ia mampu untuk dimiliki.
– BERNAMA