Thursday, August 11, 2011

Isu Amerika Syarikat Seret Harga Emas Melonjak Mendadak


Isu AS seret saham Asia susut mendadak.SAHAM Asia susut mendadak semalam susulan penurunan penarafan hutang Amerika Syarikat (AS), justeru mencetuskan kebimbangan mengenai kedudukan ekonomi terbesar dunia itu serta prospek ekonomi negara global lain yang bakal terjejas.

Penurunan itu juga disertai kejatuhan besar harga minyak mentah, manakala harga emas, yang dianggap pelaburan selamat dalam ketidaktentuan ekonomi, melonjak ke paras tertinggi melebihi AS$1,700 seauns.
Keadaan suram pasaran semalam juga adalah lanjutan daripada aktiviti penjualan besar-besaran Jumaat lalu berikutan masalah kewangan yang semakin memuncak di zon Eropah dengan peningkatan jangkaan ia akan merebak ke Itali dan Sepanyol.
Kombinasi masalah hutang zon Eropah dan langkah Standard & Poor’s menurunkan penarafan hutang AS membawa kepada perbincangan mengejut ketua kewangan dan bank pusat negara G7 serta European Central Bank pada hujung minggu lalu dalam usaha membendung tercetusnya satu lagi krisis pasaran.
Pasaran Tokyo susut 2.18 peratus atau 202.32 mata kepada 9,097.56; Seoul susut 3.82 peratus atau 74.31 mata kepada 1,869.44 dan Sydney jatuh 2.91 peratus atau 119.3 mata kepada 3,986.1. Taipei menjunam 3.82 peratus atau 300.33 mata kepada 7,552.80 mata.
Hong Kong pula turun 3.88 peratus manakala Shanghai kehilangan 3.55 peratus. Mumbai jatuh 3,08 peratus dalam dagangan awal.
Pasaran global jatuh pada Jumaat lalu sebelum pengumuman S&P, selepas kumpulan data baru ekonomi AS yang lemah dan amaran dari ketua Suruhanjaya Eropah bahawa krisis zon Eropah itu berkemungkinan boleh merebak ke ekonomi lain.
“Seperti yang lain, kami bimbang mengenai risiko masalah kewangan seperti yang berlaku pada Lehman, akan berlaku kepada Greek,” kata Brown Brothers Harriman dalam nota kepada pelanggan semalam, merujuk kepada bank Wall Street yang tumbang dari segi kewangannya pada 2008 lalu membawa kepada krisis kewangan.
“Keadaan bertambah buruk dengan kelemahan ketara ekonomi AS, perbahasan untuk menaikkan paras hutang dan kini penarafan hutang itu diturunkan serta krisis hutang Eropah yang bertambah buruk…. kedudukan pasaran kini adalah yang terburuk sejak masalah kewangan Lehman,” katanya.
Bagaimanapun, penganalisis IG Markets berkata, dia menjangka saham akan pulih daripada kemusnahan pada akhir minggu lalu menyaksikan indeks Dow Jones mengalami kejatuhan terbesar sejak 2008.
“Kami rasa ada peluang munasabah untuk pembeli yang berminat kerana pasaran mula menyedari yang aktiviti penjualan panik itu dibuat secara keterlaluan” katanya.
“Tiada sesiapa yang benar-benar memahami sepenuhnya kesan penurunan penarafan kredit itu. Ia adalah kes klasik yang mana menyaksikan pelabur menjual terlebih dulu dan baru bertanya,” katanya.
S&P Jumaat lalu mengenai merendah penarafan hutang AS ke AA+ daripada AAA. Keputusan itu mencetus kritikan dari Washington, Setiausaha Perbendaharaan Timothy Geithner berkata, agensi itu menunjukkan “penghakiman dahsyat” dan menjamin pelabur Perbendaharaan AS selamat seperti biasa. – AFP

SUMBER RUJUKAN DARI : emaskini.com

0 comments:

Post a Comment